☆★Just A Clik★☆

Now Have people at~My Life~Blog!

☆★Menu Bar ★☆

Showing posts with label Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Penulisan. Show all posts

Thursday, 15 December 2011

Karangan UPSR : Punca-punca Bencana Alam


Kejadian bencana alam semakin kerap di negara ini. Angka kematian juga mula bertambah.
Huraikan punca-punca bencana alam berlaku.



Contoh Jawapan:
Sejak kebelakangan ini, banyak bencana alam telah berlaku. Antaranya ialah tanah runtuh,banjir,kebakaran hutan dan hujan asid. Faktor utama yang mengakibatkan bencana alam kebanyakkan disebabkan oleh kegiatan manusia yang tidak bertanggugjawab.
Salah satu sebab bencana alam berlaku adalah kerana manusia tidak menghiraukan alam sekitar. Manusia menebang pokok untuk mendirikan bangunan. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan, pernerbangan pokok juga menyebabkan tanah runtuh.
kilang1 Karangan UPSR 02: Punca punca Bencana Alam
Tambahan pula, sungai telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak kilang-kilang tanpa menghiraukan kesan-kesannya. Membuang sampah ke dalam sungai akan mengakibatkan air tersumbat, semasa hujan diturun dengan lebat , air di sungai akan meluap dan menyebabkan banjir.
Di samping itu, kenderaan yang membebaskan asap hitam yang mengandungi gas karbon monoksida mengakibatkan kepanasan global. Hal ini menyebabkan kita berasa panas walaupun pada waktu malam. Oleh sebab itu, suhu yang tinggi selalu mengakibatkan kebakaran.
Selain itu, kegiatan pertanian mengguna baja yang banyak menyebabkan hujan asid. Pembakaran terbuka bungkusan plastik baja akan  menghasilkan gas nitrogen. Hujan asid bukan sahaja menjejas kesihatan manusia, ia juga mempercepatkan hakisan bangunan.
Bencana alam bukan sahaja merosakkan harta  benda malah membawa kehilangan nyawa. Dengan demikian, kita mestilah bersikap bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar di negara supaya kejadian buruk ini tidak berulang dan mudah berlaku.

Wednesday, 14 December 2011

Karangan UPSR : Pengalaman Ketika Rakan Tercedera

Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiran hidup. Tiba-tiba seorang rakan kamu tercedera.
Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa tersebut.


Contoh Jawapan:
Saya dan rakan-rakan sekelas begitu gembira setiap kali kami menghadiri kelas kemahiran hidup. Kami berasa gembira kerana kelas ini mengajar kami pelbagai kemahiran hidup yang memerlukan kreativiti seperti menghasilkan penyangkut baju dan kotak simpanan pensel.
Namun pada minggu lepas, satu kejadian buruk telah berlaku ketika kelas kemahiran hidup itu sedang berlangsung. Kejadian itu berlaku selepas Cikgu Kamal memberikan tugasan kepada kami semua iaitu untuk menyiapkan rangka gambar. Beliau ketika kejadian itu berada di luar kelas.
Ali, rakan sekelas saya telah ditimpa kecederaan. Tangannya telah terluka ketika sedang membantu seorang lagi rakan saya iaitu Azmi. Kemalangan berlaku apabila Azmi hendak memotong kayu itu dengan gergaji lalu terkena tangan Ali secara tidak sengaja. Ali hanya memegang tangannya yang berlumuran darah.
Tanpa melengahkan masa, saya segera memberitahu Cikgu Kamal yang ketika itu berada di luar kelas bercakap dengan penolong kanan. Cikgu Kamal segera masuk ke dalam kelas dan memegang serta mengambil ubat pembasmi kuman lalu menyapukannya ke atas luka Ali itu sebelum membalutnya dengan menggunakan kain pembalut luka.
Kemudian, Cikgu Kamal meminta kami semua supaya bertenang dan berhati-hati apabila menggunakan alat-alat tajam di kelas itu pada masa hadapan. Beliau membawa Ali ke klinik berhampiran sekolah untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Wednesday, 7 December 2011

Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara


·         terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan
perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah  ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang
lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )
·         seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
·         setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
·         sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. 

Tuesday, 6 December 2011

Karangan Jenis Peribahasa


1.      Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan bidalan.
2.      Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas-jelasnya.
3.      Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai-nilai murni.
4.      Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.
Biar Lambat Asalkan Selamat

Saturday, 3 December 2011

Karangan Jenis Syarahan.

 
1.      Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan biasanya dipertandingkan.
2.      Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan. Jika dipertandingkan sebut juga ‘Para hakim yang arif lagi bijaksana’ dan seumpamanya.
3.      Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta menyakinkan.
4.      Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.
5.      jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan.
6.      kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ‘tuan-tuan dan puan yang saya hormati ‘ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ).
7.      Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu
8.      kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik
9.      mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih
 
- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
b] kata penegasan contoh Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )
 
 

Wednesday, 30 November 2011

Karangan Jenis Laporan.


·         Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
·         Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
·         Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
·         Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
·         Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
·         Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
·         Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
·         Gunakan bahasa yang ringkas dan padat. Huraian tidak diperlukan dalam laporan.
·         Format laporan seperti di bawah :-
Tajuk Laporan             : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis   
ditengah-tengah.
                                    : Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk tertalu panjang.
Isi Laporan                  : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor      : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir.
Tarikh                          : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor   : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor               : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor         : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di 
  hujungnya .
Seterusnya                  : ditulis nama persatuan yang diwakili

Wednesday, 16 November 2011

Karangan Jenis Melengkapkan Cerita

1.       karangan tidak berformat
2.       berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi
3.       berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
4.       elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi
5.       memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu.
6.       setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.
7.       walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.

Wednesday, 9 November 2011

Karangan Jenis Berita

 
1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3.Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4.Siapa ?
nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu’
  

Friday, 4 November 2011

Wednesday, 2 November 2011

Monday, 31 October 2011

Karangan Jenis Surat Rasmi

 
Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a.      memohon pekerjaan
b.      membuat aduan / bantahan / cadangan
c.      membuat rayuan
d.      membuat jemputan rasmi
e.      menempah barangan
f.        meminta kebenaran
g.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
 
1.       Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2.       Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
3.       Perhatikan format di bawah.