☆★Just A Clik★☆

Now Have people at~My Life~Blog!

☆★Menu Bar ★☆

Tuesday 13 December 2011

TATABAHASA (MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)

Latian 1(Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.)
1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan UPSR.

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.



Jawapan:
1.Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2.Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3.Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan UPSR.
4.Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5.Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

No comments:

Post a Comment