☆★Just A Clik★☆

Now Have people at~My Life~Blog!

☆★Menu Bar ★☆

Wednesday 9 November 2011

Karangan Jenis Berita

 
1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3.Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4.Siapa ?
nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu’
  

1.Mengapa ?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”
 
2.Di mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
Bagaimana ?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.
 
3.Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember -
 
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4.Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5.Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6.Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7.Nyatakan bahagian penutup secara ringkas
 
CONTOH KARANGAN BERITA
Soalan : Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala lumpur.Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut.Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
 
Pendahuluan:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
Isi
a) berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.
b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima  orang ditahan -salah seorang ialah pakar mekanik.
c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.
Penutup
seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki
berkenaan.
 
KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya.Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.
            Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu.Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
            Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh.Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik
            Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
            Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut.Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan

No comments:

Post a Comment