☆★Just A Clik★☆

Now Have people at~My Life~Blog!

☆★Menu Bar ★☆

Thursday 15 December 2011

Karangan UPSR : Punca-punca Bencana Alam


Kejadian bencana alam semakin kerap di negara ini. Angka kematian juga mula bertambah.
Huraikan punca-punca bencana alam berlaku.



Contoh Jawapan:
Sejak kebelakangan ini, banyak bencana alam telah berlaku. Antaranya ialah tanah runtuh,banjir,kebakaran hutan dan hujan asid. Faktor utama yang mengakibatkan bencana alam kebanyakkan disebabkan oleh kegiatan manusia yang tidak bertanggugjawab.
Salah satu sebab bencana alam berlaku adalah kerana manusia tidak menghiraukan alam sekitar. Manusia menebang pokok untuk mendirikan bangunan. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan, pernerbangan pokok juga menyebabkan tanah runtuh.
kilang1 Karangan UPSR 02: Punca punca Bencana Alam
Tambahan pula, sungai telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak kilang-kilang tanpa menghiraukan kesan-kesannya. Membuang sampah ke dalam sungai akan mengakibatkan air tersumbat, semasa hujan diturun dengan lebat , air di sungai akan meluap dan menyebabkan banjir.
Di samping itu, kenderaan yang membebaskan asap hitam yang mengandungi gas karbon monoksida mengakibatkan kepanasan global. Hal ini menyebabkan kita berasa panas walaupun pada waktu malam. Oleh sebab itu, suhu yang tinggi selalu mengakibatkan kebakaran.
Selain itu, kegiatan pertanian mengguna baja yang banyak menyebabkan hujan asid. Pembakaran terbuka bungkusan plastik baja akan  menghasilkan gas nitrogen. Hujan asid bukan sahaja menjejas kesihatan manusia, ia juga mempercepatkan hakisan bangunan.
Bencana alam bukan sahaja merosakkan harta  benda malah membawa kehilangan nyawa. Dengan demikian, kita mestilah bersikap bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar di negara supaya kejadian buruk ini tidak berulang dan mudah berlaku.

Wednesday 14 December 2011

Karangan UPSR : Pengalaman Ketika Rakan Tercedera

Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiran hidup. Tiba-tiba seorang rakan kamu tercedera.
Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa tersebut.


Contoh Jawapan:
Saya dan rakan-rakan sekelas begitu gembira setiap kali kami menghadiri kelas kemahiran hidup. Kami berasa gembira kerana kelas ini mengajar kami pelbagai kemahiran hidup yang memerlukan kreativiti seperti menghasilkan penyangkut baju dan kotak simpanan pensel.
Namun pada minggu lepas, satu kejadian buruk telah berlaku ketika kelas kemahiran hidup itu sedang berlangsung. Kejadian itu berlaku selepas Cikgu Kamal memberikan tugasan kepada kami semua iaitu untuk menyiapkan rangka gambar. Beliau ketika kejadian itu berada di luar kelas.
Ali, rakan sekelas saya telah ditimpa kecederaan. Tangannya telah terluka ketika sedang membantu seorang lagi rakan saya iaitu Azmi. Kemalangan berlaku apabila Azmi hendak memotong kayu itu dengan gergaji lalu terkena tangan Ali secara tidak sengaja. Ali hanya memegang tangannya yang berlumuran darah.
Tanpa melengahkan masa, saya segera memberitahu Cikgu Kamal yang ketika itu berada di luar kelas bercakap dengan penolong kanan. Cikgu Kamal segera masuk ke dalam kelas dan memegang serta mengambil ubat pembasmi kuman lalu menyapukannya ke atas luka Ali itu sebelum membalutnya dengan menggunakan kain pembalut luka.
Kemudian, Cikgu Kamal meminta kami semua supaya bertenang dan berhati-hati apabila menggunakan alat-alat tajam di kelas itu pada masa hadapan. Beliau membawa Ali ke klinik berhampiran sekolah untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Latihan Kata Hubung

1) Puan Fatimah kelihatan sedih _______________ suaminya meninggal dunia.
A. semenjak
B. manakala
C. kecuali


2) Rahman kedekut _______________ dia mempunyai duit yang banyak.
A. sementara
B. walaupun
C. apabila


3) Sharif membaca surat khabar _______________ menunggu bas datang.
A. sementara
B. apabila
C. semenjak


4) _______________ menunggu bapa pulang, emak menjahit baju.
A. Apabila
B. Kecuali
C. Sementara


5) Semua murid senyap _______________ Guru Besar berucap di dewan.
A. walaupun
B. apabila
C. manakala


6) Semua murid hadir _______________ Azlina.
A. Walaupun
B. Kecuali
C. Apabila


7) Semua hadirin berbaju kemeja _______________ Dumal.
A. kecuali
B. apabila
C. semenjak


8)Irwan suka membaca _______________ adiknya suka menyanyi.
A. apabila
B. kecuali
C. manakala

Tuesday 13 December 2011

TATABAHASA (MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)

Latian 1(Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.)
1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan UPSR.

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.


Monday 12 December 2011

AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.


a. Langkah menukarkan ayat:


1. Jangan mengubah makna asalnya.



2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)



3. Lakukan perubahan perkataan:

contoh:

- saya .....................dia..................................- kamu...............................dia

- kami ....................mereka..........................-hamba..............................dia

- di sini...................di situ/di sana...............-begini................................begitu

- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.



4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.

contoh:

- mengapa..............punca/sebab................-bagaimana........................cara/keadaan

- berapa..................jumlah/harga...............-bila....................................masa



5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.

contoh:

i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.

ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.

iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.

iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.

v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.

vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.

vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".



6. Contoh penukaran ayat:


i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.

Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.


ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.

Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.


iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.

Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.


iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.

Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.


v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.

Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.


vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.

Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.



vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

Sunday 11 December 2011

FUNGSI –nya DALAM AYAT


Dalam Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang diletakkan pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang kali. 

SUSUNAN AYAT SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.