☆★Just A Clik★☆

Now Have people at~My Life~Blog!

☆★Menu Bar ★☆

Monday 21 November 2011

Latihan Penjodoh Bilangan

Baca dan pilih jawapan sesuai bagi semua soalan.
1Gadis itu telah memetik beberapa_________________ bunga orked untuk disematkan di dada.


jambak


batang


kuntum


karangan





2Penjual buah itu telah menjual beberapa __________________ buah langsat dengan harga yang sangat berpatutan.


sisir


rumpun


tandan


longgok





3Beberapa ____________ cincin purba telah dipamerkan di muzium itu.


bentuk


buah


buku


biji





4"Berapakah harga ________________ petai ini?" tanya ibu kepada penjual.


sebiji


sebuah


seulas


sepapan





5Banyak ___________ perca kain yang berwarna-warni untuk dijadikan alas kaki yang menarik.


cebis


gumpal


bidang


gulung





6Malik membeli sebatang tebu dan memotong-motongnya agar setiap adiknya mendapat ________________ .


sebiji


seruas


sehiris


seketul





7Encik Azmir mempunyai beberapa ________________ rumah sewa di Taman Meru Jelapang.


pintu


papan


bidang


rangkai





8Gadis itu telah menjumpai ____________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.


sebilah


seutas


sejambak


serumpun





9Dia mengesat dakwat yang tertumpah di atas meja tulis itu dengan __________________ kain.


sebidang


secebis


sepasang


selembar





10Beberapa _______________ mutiara digunakan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.


ulas


keping


butir


potong





11Abang memasukkan ______________ filem ke dalam kemeranya.


segulung


segelung


sekajang


sebuah





12Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ________________- asam gelugur dan beberapa _________ bawang putih.


sepotong.............. biji


sehiris ............... ulas


seketul ............... biji


sekeping...............ulas





13Setiap kali Pak Mman pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa _______________ rambutan serta beberapa ______________ kelapa.


tangkai .......... sikat


ikat .......... tandan


ikat ........... sisir


tangkai .......... sisir





14Ah Meng menggunakakn tiga ___________ kayu dan beberapa __________ daun kering untuk menghidupkan api.


puntung .......... helai


ranting ........... carik


rumpun.......... lembar


bilah ........... cebis





15Beberapa _____________ jalan raya dan dua ______________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat malam tadi.


jalur .......... pintu


kaki .......... baris


batang.......... deret


baris .......... buah





16Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah ___________ pulut dan memakan __________ sirih.


seketul .......... sekeping


segenggam .......... sehelai


sepotong .......... selembar


secubit .......... sekapur





17Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa _____________ penggali dan beberapa _______________ dawai seorang.


sebatang ............. gulung


sebuah ............. gelung


sekerat .............. lembar


sebilah .............. utas





18Nenek menanam beberapa ___________ sayur dan tiga ______________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.


baris .......... pucuk


deret ........... kelompok


batas........... rumpun


ikat ........... jambak





19Dia menggunakan ____________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.


sekepul


segugus


setompok


segumpal





20Hanya ________________ penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang untuk masuk ke beberapa _________________ maktab perguruan.


segelintir ............. buah


segolongan.............. biji


sekelompok............. deret


sekumpulan.............. baris





No comments:

Post a Comment