☆★Just A Clik★☆

Now Have people at~My Life~Blog!

☆★Menu Bar ★☆

Thursday 3 November 2011

Latihan Menyambung Ayat

Sambungkan ayat tunggal yang berikut dengan menggunakan kata hubung yang diberikan dalam kurungan.

1. Suharti berasa kecewa. Suharti gagal dalam peperiksaan akhir tahun. (kerana)

2.Pasukan lawan telah menyumbat gol dahulu. Pasukan kami tidak tawar hati. (walaupun)

3.Dia dilatih oleh Fandi pada setiap hari Ahad. Permainannya bertambah baik. (sejak)

4.Budak itu keras kepala. Budak itu tidak makan nasihat. Budak itu jatuh dari pokok. (yang, dan)

5.Anak-anak Cik Fatimah menolongnya di dapur. Anaknya, Milah, menelaah pelajaran di biliknya sendiri. (kecuali, yang)


 Jawapan:                                                                                      

1 Suharti berasa kecewa kerana gagal dalam peperiksaan akhir tahun.

2 Walaupun pasukan lawan telah menyumbatkan gol dahulu, pasukan kami tidak tawar hati.


3 Sejak dia dilatih oleh Fandi pada setiap hari Ahad, permainannya bertambah baik.


4 Budak yang keras kepala dan tidak makan nasihat itu jatuh dari pokok pokok.


5 Anak-anak Cik Fatimah menolongnya di dapur kecuali Milah yang menelaah pelajaran di biliknya sendiri.

No comments:

Post a Comment