erti | perkataan | keterangan |
bergiat dalam sesuatu bidang | olahragawati wartawan sejarahwan | seseorang perempuan yang bergiat dalam bidang olahraga seseorang yang bergiat dalam bidang penulisan seseorang yang bergiat dalam bidang sejarah |
orang yang ber….. | hartawan dermawan | orang yang berharta orang yang berderma |
orang yang ahli dalam sesuatu hal | budayawan negarawan | orang yang ahli dalam hal-hal budaya orang yang ahli dalam hal-hal negara |
☆★Just A Clik★☆
☆★Menu Bar ★☆
Friday, 18 November 2011
Wednesday, 16 November 2011
1. karangan tidak berformat
2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi
3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi
5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu.
6. setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.
7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.
Tuesday, 15 November 2011
- Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
- Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
- Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
- 2. Kata ganti diri terdiri daripada:
- (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
- (b)kata ganti diri singkat;
- (c) kata ganti tanya;
- (d) kata ganti tempat; dan
- (e) kata ganti tak tentu.
Sunday, 13 November 2011
-
- Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.
- contoh
-
Jangan Sila tolong Harap usah jemput Minta - Contoh ayat
- 1. Jangan tolak meja itu ke situ.
- 2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
- 3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.
Saturday, 12 November 2011
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh:
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa | Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? |
bila | Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? |
siapa | Engkau ini siapa ? |
mengapa | Mengapakah baju awak ini basah ? |
apa | Apakah nama binatang itu ? |
bagaimana | Bagaimanakah rupa hantu ? |
berapa | Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? |
mana | Nelayan itu dari mana ? |
Friday, 11 November 2011
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
Thursday, 10 November 2011
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Subscribe to:
Posts (Atom)