2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-.
Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif | Ayat Pasif Diri Pertama |
(a) Saya mencuci kasut sekolah. (b) Kita menerima keputusan itu. (c) Aku akan memetik bunga itu. (d) Kami sudah menyusun jadual itu. | (a) Kasut sekolah saya cuci. (b) Keputusan itu kita terima. (c) Bunga itu akan aku petik. (d) Jadual itu sudah kami susun. |
Ayat Aktif | Ayat Pasif Diri Kedua |
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (c) Engkau patut memulangkan duitnya. (d) Kamu perlu membaiki kereta itu. | (a) Kerja itu harus anda siapkan. (b) Surat itu mesti awak serahkan. (c) Duitnya patut engkau pulangkan. (d) Kereta itu perlu kamu baiki. |
Ayat Aktif | Ayat Pasif Diri Ketiga |
(a) Mereka mengecat bangunan. (b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (d) Dia sedang menjahit baju. | (a) Bangunan dicat oleh mereka. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur. (d) Baju sedang dijahit olehnya. |
Ayat Aktif | Ayat Pasif |
1. Ali membaca buku itu. 2. Ibu memasak nasi lemak. 3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. 4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. 5. Yusof membawa kerusi patah. | Buku itu dibaca oleh Ali. Nasi lemak dimasak oleh ibu. Nasihat guru kita, mesti kita dengar. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof |
No comments:
Post a Comment