☆★Just A Clik★☆
☆★Menu Bar ★☆
Wednesday, 30 November 2011
· Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
· Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
· Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
· Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
· Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
· Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
· Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
· Gunakan bahasa yang ringkas dan padat. Huraian tidak diperlukan dalam laporan.
· Format laporan seperti di bawah :-
Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis
ditengah-tengah.
: Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk tertalu panjang.
Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir.
Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di
hujungnya .
Seterusnya : ditulis nama persatuan yang diwakili
Tuesday, 29 November 2011
Penjodoh Bilangan | Penggunaannya | Contoh |
pangsa | untuk bahagian dalam buah | durian |
pasukan | untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam | pemain kompang, polis, tentera pengakap |
patah | untuk kata | perkataan, kata-kata |
potong | untuk benda-benda yang sudah dipotong | kuih, daging, roti |
pucuk | untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api | jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung |
puntung | untuk sebahagian benda yang masih menyala | rokok, kayu api |
rangkap | untuk puisi | pantun, sajak, syair |
rawan | untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat | jala, jaring, pukat |
ruas | untuk benda yang beruas-ruas | tebu, buluh |
rumpun | untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat | buluh, tebu, serai, pandan, padi |
sikat/sisir | untuk buah pisang | pisang |
tandan | untuk buah-buahan yang bertandan | pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit |
tangkai | untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai | rambutan, duku, kenanga, padi, daun |
titik | untuk cecair yang menitis | air, darah, dakwat, embun |
tongkol | untuk buah yang bertongkol | jagung |
ulas | untuk isi buah-buahan yang berpangsa | durian, limau, nangka, cempedak |
urat | untuk benda-benda yang halus dan panjang | rambut, benang, dawai, |
utas | untuk benda-benda yang panjang | tali, dawai, rantai |
Monday, 28 November 2011
-
-
- 1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
- 2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
-
Jenis Kata Bilangan contohnya kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya kata bilangan tak tentu
- beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
- setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya kata bilangan tanya berapa Jenis Kata Bilangan contoh
- Kata bilangan himpunan
- 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
- 2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
- 3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
- 1. satu,dua tiga, sepuluh
- 2. Dua ekor kambing.
- 3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
- 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
- Kata bilangan tak tentu
- 1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
- 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
- 2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
- Kata bilangan tingkat
- 1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
- 1. pertama, kedua, ketiga
- 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
- Kata bilangan pecahan
- 1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
- 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
- 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
- 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
- 2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
Sunday, 27 November 2011
-
- Kata kerja terbahagi kepada :
- A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
- B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
Monday, 21 November 2011
Baca dan pilih jawapan sesuai bagi semua soalan. | |||||||
1 | Gadis itu telah memetik beberapa_________________ bunga orked untuk disematkan di dada. | ||||||
jambak | |||||||
batang | |||||||
kuntum | |||||||
karangan | |||||||
2 | Penjual buah itu telah menjual beberapa __________________ buah langsat dengan harga yang sangat berpatutan. | ||||||
sisir | |||||||
rumpun | |||||||
tandan | |||||||
longgok | |||||||
Sunday, 20 November 2011
Imbuhan Apitan me- …..- I
erti | perkataan | keterangan |
mengalami sifat terhadap | meragui mencintai | mengalami sifat ragu terhap mengalami sifat cintai |
melakukan berkali-kali | memukuli menerajangi | memukul berkali-kali menerajang berkali-kali |
memiliki dan memberikan sifat | mengecapi mengotori | memiliki dan memberikan sifat kecap kepada memiliki dan memberikan sifat otor kepada |
melakukan perbuatan di …… | melalui membatasi | melakukan perbuatan lalu di … melakukan perbuatan batas di …… |
memperlakukan dengan sifat | membersihi mengasari | memperlakukan dengan sifat bersih memperlakukan dengan sifat kasar |
menjadi | mengepali membanjiri | menjadi kepala menjadi banjir |
memberikan kepada | menasihati menghadiahi | memberikan nasihat kepada memberikan hadiah kepada |
Saturday, 19 November 2011
ISIKAN setiap tempat kosong dalam petikan karangan berikut dengan sepatah perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.
Jerung adalah spesis ikan yang amat ditakuti oleh manusia Hal yang demikian 1._______________ kerana sifat jerung yang ganas. Jerung 2._______________
haiwan‐haiwan besar dan manusia lalu menghancurkannya 3.______________ masa yang singkat.
Gigitan ikan jerung amat menakutkan. Kuasa gigitan jerung ini 4.___________ memutuskan kabel logam dengan mudah. Kepala dan badannya 5.__________________ digerakkan ke kiri dan ke kanan dengan kuat untuk 6.__________________nya mengoyak makanan yang besar dengan senang.
Deria yang paling 7._______________ pada seekor jerung ialah pendengarannya. Ikan jerung 8._______________ sensitif pada bunyi yang dihasilkan oleh ikan lain yang bakal 9.______________ mangsanya. Ikan jerung juga mempunyai deria 10.__________________ yang tajam dan dapat menghidu sesuatu di dalam air dari jarak beberapa kilometer jauhnya, terutamanya darah.
Jawapan Pilihan:
akan bergerak membaham menjinakkan tajam amat dalam memudahkan menyebabkan terperangkap bau mampu menjadi mustahak terjadi
Friday, 18 November 2011
erti | perkataan | keterangan |
bergiat dalam sesuatu bidang | olahragawati wartawan sejarahwan | seseorang perempuan yang bergiat dalam bidang olahraga seseorang yang bergiat dalam bidang penulisan seseorang yang bergiat dalam bidang sejarah |
orang yang ber….. | hartawan dermawan | orang yang berharta orang yang berderma |
orang yang ahli dalam sesuatu hal | budayawan negarawan | orang yang ahli dalam hal-hal budaya orang yang ahli dalam hal-hal negara |
Wednesday, 16 November 2011
1. karangan tidak berformat
2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi
3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi
5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu.
6. setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.
7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.
Tuesday, 15 November 2011
- Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
- Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
- Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
- 2. Kata ganti diri terdiri daripada:
- (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
- (b)kata ganti diri singkat;
- (c) kata ganti tanya;
- (d) kata ganti tempat; dan
- (e) kata ganti tak tentu.
Sunday, 13 November 2011
-
- Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.
- contoh
-
Jangan Sila tolong Harap usah jemput Minta - Contoh ayat
- 1. Jangan tolak meja itu ke situ.
- 2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
- 3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.
Saturday, 12 November 2011
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh:
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa | Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? |
bila | Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? |
siapa | Engkau ini siapa ? |
mengapa | Mengapakah baju awak ini basah ? |
apa | Apakah nama binatang itu ? |
bagaimana | Bagaimanakah rupa hantu ? |
berapa | Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? |
mana | Nelayan itu dari mana ? |
Friday, 11 November 2011
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
Thursday, 10 November 2011
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Wednesday, 9 November 2011
1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3.Apa ?
3.Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4.Siapa ?
nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu’
Tuesday, 8 November 2011
Penjodoh Bilangan | Penggunaannya | Contoh |
helai | untuk benda-benda yang nipis dan lebar | daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput |
ikat | untuk benda-benda yang diikat | kayu, lidi, tebu, sayur, |
iris | untuk benda-benda yang dihiris | bawang, timun, daging, |
jambak | untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai | bunga, kunci |
kaki | untuk benda-benda yang bertangkai | payung, cendawan, bunga |
kawan | untuk kumpulan haiwan | lembu, kambing, lebah, gajah, merpati |
kelompok | untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda | burung, swan, pulau, bintang |
kepal | untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan | nasi, pulut, tanah |
keping | untuk benda-benda yang nipis atau pipih | roti, kad, gambar, biskut, tanah |
kerat | untuk bahagian benda-benda yang dipotong | roti, tiang |
ketul | untuk benda-benda yang berketul dan padu | ais, daging, tulang, sabun, roti |
kotak | untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak | mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk |
kuntum | untuk bunga | mawar, melati, anggerik |
laras | untuk senjata api | pistol, senapang, meriam |
lembar | benda-benda yang lurus dan panjang | kertas, dawai, benang |
longgok | untuk benda-benda yang berada dalam longgokan | durian, pakaian, tanah, cili |
naskhah | untuk bahan bacaan yang berjilid | surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku |
orang | untuk manusia | guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen |
papan | untuk benda-benda yang berbentuk kepingan | coklat, petai, mercun |
pasang | untuk bends dan manusia yang berpasangan | pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak |
Subscribe to:
Posts (Atom)