1. Bagai aur dengan tebing 彼此之间互相帮助
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
(tolong-menolong antara satu dengan yang lain)
2. Bagai mural tercabut ekor talkative
Maksud : seseorang yang becok mulutnya
3. Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud : Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
4. Bagai isi dengan kuku
Maksud : persahabatan yang sangat erat
5. Carik-carik bulu ayam , akhirnya bercantum juga
Maksud : Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
6. bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan
Maksud: Setiap manusia pernah melakukan kesilapan.
7. besar periuk besarlah keraknya收入多,费用也多
Maksud: Banyak pendapatan, banyak juga perbelanjaannya.
8. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Maksud: Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.
9. Laksana wau melawan angin
Maksud: perbuatan yang sia-sia.
10. Seperti kaca terhempas ke batu
Maksud: Hati yang hancur kerana berdukacita.
11. Bagai mendukung biawak hidup
Maksud: Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri; mempunyai anak atau isteri yang sangat menyusahkan hati.
12. Umpama galah di tengah arus很紧张,哀叹和不安
Maksud: Sangat gementar, keluh-kesah, dan gelisah.
13. Seperti ayam patuk anaknya
Maksud: Menghukum anak: bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu.
14. Seperti katak di bawah tempurung
Maksud: orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar.
15. Seperti bumi dengan langit
Maksud: perbezaan yang amat ketara.
16. Seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud: seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
17. Seperti kera mendapat bunga
Maksud: seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
18. Seperti melepaskan batuk di tangga 只是随便完成工作
Maksud: membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
19. Bagai kelip-kelip terbang malam
Maksud: Rahsia yang sudah diketahui orang.
20. seperti gunting makan di hujung
Maksud: Mencapai sesuatu dalam diam-diam.
21. Seperti anjing dengan bayang-bayang
Maksud: orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
22. Umpama Belanda minta tanah
Maksud: Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
23. Bagai kambing dihalau ke air
Makna: Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan
24. Laksana garam dengan asam True match
Makna: Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya).
25. Seperti gergaji dua mata
Makna: seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
No comments:
Post a Comment