☆★Just A Clik★☆
☆★Menu Bar ★☆
Tuesday, 6 December 2011
1. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan bidalan.
2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas-jelasnya.
3. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai-nilai murni.
4. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.
Biar Lambat Asalkan Selamat
Monday, 5 December 2011
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
· perkataan dengan perkataan
· rangkai kata dengan rangkai kata
· ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Sunday, 4 December 2011
1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
Saturday, 3 December 2011
1. Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan biasanya dipertandingkan.
2. Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan. Jika dipertandingkan sebut juga ‘Para hakim yang arif lagi bijaksana’ dan seumpamanya.
3. Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta menyakinkan.
4. Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.
5. jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan.
6. kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ‘tuan-tuan dan puan yang saya hormati ‘ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ).
7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu
8. kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik
9. mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih
- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
b] kata penegasan contoh Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )
-
- 1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.
- 2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:
- (a) Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)
- (b) Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)
- 3.Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.
Friday, 2 December 2011
- 1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
- 2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
- 3. Tanda baca utama ialah :
- Tanda Noktah atau titik ( . )
- Tanda koma ( , )
- Tanda tanya atau soal ( ? )
- Tanda seruan ( ! )
- Tanda sempang atau sengkang ( - )
- Tanda noktah bertindih ( : )
- Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ )
Thursday, 1 December 2011
- Aa
- abai cuai; lalai
- mengabaikan melalaikan; membiarkan
- mencuaikan adu
- beradu berlaga; bersabung; bertandih
- ajaib aneh; ganjil; pelik
- ajak mengajak mempelawa; mempersilakan; menjemput; mengundang
- akrab ikrab; karib; rapat
- alam dunia
- mengalami merasai; menempuh
- alih beralih berganti; berpindah; bertukar; berubah
- aman damai; sentosa; tenteram
- ancam
- mengancam mengugut; membahayakan
- aneh ajaib; ganjil; pelik
- angkara kebengisan; kebuasan; kekejaman; kezaliman
- angkuh bongkak; sombong
- anugerah ganjaran; kurnia; pemberian
- arah hala; jurusan; tujuan
- arif berilmu; bijaksana; cerdik; pandai; tahu
- awas hatihati; hemat; ingatingat; waspada
Subscribe to:
Posts (Atom)